OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa letupan Putra Heights terpaksa tinggal di rumah rosak

Mangsa letupan Putra Heights terpaksa tinggal di rumah rosak

SUBANG JAYA: Seorang mangsa letupan saluran paip gas di Putra Heights memilih untuk menetap di rumahnya sendiri walaupun kediamannya itu mengalami kerosakan dan perabotnya musnah.

Suri rumah, Rosmani Abdullah, 51, berkata, rumahnya rosak teruk akibat letupan dan selepas itu dilanda banjir pula beberapa hari selepas kejadian.

“Rumah masih boleh diduduki tetapi semua perabot sudah dibuang. Kehidupan perlu di­mulakan semula dari kosong.

“Bantuan pula tidak tahu bila akan diterima. Hanya mereka yang melalui sendiri sahaja yang faham keadaannya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Seorang lagi mangsa, Muhammad Ridzuwan Salehhudin, 33, berkata, dia berasa kecewa kerana bantuan yang dijanjikan masih belum diterima sehingga hari ini.

“Saya tetap tinggal di rumah ini walaupun sudah kosong. Bantuan pun belum tentu. Motosikal saya rosak, tetapi tiada bantuan diterima.

“Bagi bantuan baiki pula, pada awalnya dimaklumkan akan dihantar kontraktor, tetapi sehingga kini tiada sebarang perkembangan,” katanya.

Tambahnya, lebih mengecewakan apabila terdapat penerima bantuan yang rumahnya langsung tidak terjejas tetapi telah menerima bantuan, sedangkan mangsa sebenar yang terkesan teruk tidak diberikan sebarang pampasan.

“Jujurnya, saya sangat terkilan. Rumah saya rosak teruk di bahagian atas dan bawah langsung tidak dapat apa-apa,” ujarnya. – UTUSAN

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search