OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir hampir setiap bulan, penduduk Kampung Melayu mohon baiki perparitan

Banjir hampir setiap bulan, penduduk Kampung Melayu mohon baiki perparitan

KULAI: Lebih 50 penduduk di Kampung Melayu, dekat Bukit Batu, di sini kebimbangan setiap kali hujan berikutan penempatan mereka hampir setiap bulan dilanda banjir sejak awal tahun ini.

Penduduk, Muhammad Amirul Aiman Hassni, 26 berkata masalah sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik dipercayai punca utama kejadian banjir berulang dengan kerap.

Mengakui kampung berkenaan sememangnya lokasi berisiko banjir, namun katanya keadaan banjir bermula tahun ini jauh lebih buruk berbanding tiga tahun sebelumnya.

"Dulu setahun sekali atau dua tahun sekali banjir, tetapi sekarang hampir setiap bulan... air banjir pula bukan sikit, ada ketika sampai paras dada sehingga penduduk perlu diselamatkan menggunakan bot.

"Bila hujan lebat dua hingga tiga jam pasti banjir, longkang depan rumah air melimpah terus masuk ke rumah. Air banjir pula berlumpur campur najis.

"Banyak barang, perabot terpaksa kami buang sebab sudah rosak apabila kerap sangat dilanda banjir. Ramadan lalu pun kami kena banjir dua kali," katanya.

Muhamad Amirul berkata, dia percaya isu banjir timbul selepas projek dibangunkan di Sungai Ulu Pontian di belakang rumah penduduk.

"Pihak ketua kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sudah mengajukan masalah kami kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi masih tiada tindakan.

"Memang kami dapat bantuan kalau banjir, tetapi daripada beri duit baik betulkan sistem perparitan dan lihat punca masalah untuk jangka masa panjang," katanya.

Nur Azimah Mohd Mahiyidin, 36, pula berkata tahun ini saja sudah empat kali banjir.

"Bulan Januari, air naik paras pinggang, kami ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), namun selepas dua hari pulang ke rumah, esoknya banjir lagi.

"Kami sudah letih... mak saya umur 75 tahun, ada penyakit angin ahmar. Apabila banjir, kami kena angkat dia dan bawa ke PPS, jadi kurang selesa untuk warga emas sepertinya," katanya.

Suri rumah, Nur Farahani Mamat, 30, berkata isu banjir bukan soal penduduk tak bersedia, tetapi sistem perparitan memang sudah tak mampu untuk tampung.

"Kami harap pihak berwajib dapat ambil tindakan segera selesai masalah banjir berulang di kampung ini," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search