Jawatankuasa Pengurusan Bencana diaktifkan serta merta
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat merangkumi negeri dan daerah, telah diarah untuk diaktifkan serta merta bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam mendepani sebarang bencana dan musibah.
Arahan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persediaan Menghadapi Banjir 2022/2023 Bilangan 2 hari ini, dengan mengambil kira ramalan hujan, taburan hujan, ribut petir, tanah runtuh serta musibah banjir di beberapa negeri.
Sumber: BERNAMA