OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jumlah mangsa banjir di Johor turun, Sabah kekal

Jumlah mangsa banjir di Johor turun, Sabah kekal

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Johor dan Sabah tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menunjukkan sedikit penurunan daripada 481 orang kepada 472 orang, petang semalam.

Jumlah mangsa di Johor melibatkan Batu Pahat menurun daripada 334 orang (110 keluarga) kepada 326 orang (109 keluarga) setakat jam 9 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam satu kenyataan berkata, semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, Batu Pahat.

Beliau berkata, mereka adalah penduduk Kampung Baharu, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan.

Katanya, stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat, dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.26 meter.

“Selain itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sudah mengeluarkan amaran ribut petir di Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Di Sabah, Sekretariat JPBN dalam kenyataan berkata, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam, Kinabatangan kekal 146 orang daripada 31 keluarga daripada empat kampung di daerah itu, setakat 8 pagi tadi.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search