OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Malaysia sedia bina hospital lapangan di Myanmar

Malaysia sedia bina hospital lapangan di Myanmar

Malaysia akan menyelaras dengan negara ASEAN lain untuk menubuhkan hospital medan di kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher yang melanda Myanmar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah itu susulan permohonan kerajaan Myanmar ketika lawatan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, ke negara berkenaan baru-baru ini.

Beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan mengkoordinasikan bantuan kemanusiaan ke Myanmar.

“Apabila Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Malaysia pergi ke Myanmar, ada permohonan oleh kerajaan Myanmar untuk beberapa perkara yang saya percaya akan dibawa

ke pihak kerajaan untuk dibuat keputusan, antaranya menyediakan hospital lapangan (hospital medan). Ini perlu kita bincangkan lebih lanjut.

“Dalam soal ini saya percaya semua negara yang membantu akan berpandukan kepada perbincangan ataupun keputusan yang akan dikoordinasikan oleh pihak bertanggungjawab di Myanmar.

“Kita tidak boleh masuk sahaja ke sana kerana kita pun tahu keadaan di Myanmar ada konflik dan jika kita tidak bergantung kepada keputusan pihak di Myanmar, maka kita akan terperangkap dengan konflik.

Patuh keputusan Myanmar

“Dalam soal ini saya percaya semua negara yang membantu dia akan berpandukan kepada perbincangan ataupun keputusan yang akan dikoordinasikan oleh pihak bertanggungjawab di Myanmar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Parlimen dan UMNO Bahagian Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan, di sini semalam.

Pada 28 Mac lalu, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Wilayah Sagaing, Myanmar kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan, diikuti gegaran susulan berukuran 6.4 pada skala Richter.

Angka kematian akibat gempa itu meningkat kepada 3,471 orang, manakala 4,671 cedera dan 214 lagi dilaporkan hilang.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search