OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Buat penilaian akhir aspek rugi, teknikal

Buat penilaian akhir aspek rugi, teknikal

Seramai 25 pegawai penyiasat kebakaran yang dibawa dari Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor kini sedang menjalankan penilaian akhir di kawasan terjejas akibat kebakaran paip gas di Taman Putra Harmoni, Putra Heights, di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, semua pegawai berkenaan adalah anggota Unit Penyiasatan Kebakaran yang berkemahiran.

“Kita juga pecahkan kepada dua pasukan utama iaitu satu fokus kepada anggaran kerugian dan satu lagi kepada aspek teknikal.

“Pasukan teknikal JBPM ini turut bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan bagi menjalankan pemeriksaan sistem serta mengenal pasti sebarang kerosakan teknikal yang mungkin menjadi punca kejadian,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Mengulas perkembangan terkini, Nor Hisham memaklumkan, JBPM kini berada di fasa akhir proses penilaian keselamatan, dengan kompilasi maklumat dijangka siap dan diserahkan kepadanya sekitar jam 4 petang (semalam).

“Setakat ini, laporan akhir masih dalam proses kompilasi. Kami akan bentangkan hasil penilaian kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Laporan akhir masih dalam proses kompilasi. Kami akan bentangkan hasil penilaian kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan”

“Kami faham tekanan yang dihadapi penduduk, justeru kami tidak mahu mengganggu mereka sebelum semua aspek keselamatan disahkan,” katanya.

Beliau memaklumkan bahawa sebarang pengumuman rasmi mengenai penilaian akhir hanya akan dibuat selepas laporan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. “Segala sokongan teknikal dan laporan telah siap, namun pengumuman bukan di bawah bidang kuasa JBPM. Ia perlu melalui jawatankuasa terlebih dahulu,” katanya.

JBPM kini berada di fasa akhir proses penilaian keselamatan

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search