OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Insiden Putra Heights: CBP tawar bantuan kepada pelanggan terjejas

Insiden Putra Heights: CBP tawar bantuan kepada pelanggan terjejas

KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama (CBP) mengambil inisiatif membantu pelanggan yang terjejas dalam insiden letupan gas di Putra Heights, Selangor baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar, berkata CBP menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat sewaktu masyarakat masih meraikan Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu serta atas prinsip keprihatinan terhadap pelanggan, CBP katanya komited untuk memberi sokongan dan bantuan kepada pelanggan yang terjejas akibat insiden itu.

"Oleh itu, kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas di dalam insiden tersebut dan memerlukan bantuan, mereka boleh menghubungi talian khidmat pelanggan CBP di 1-300-88-7650 atau emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

 
Beliau menambah, CBP akan sentiasa mencuba untuk membantu pelanggan yang terjejas dalam sebarang bentuk bencana dengan menawarkan bantuan-bantuan bersesuaian dengan keperluan mereka.
 
 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search