OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tanah runtuh: Polis pasang kawat duri elak pengguna motosikal guna kawasan lereng bukit

Tanah runtuh: Polis pasang kawat duri elak pengguna motosikal guna kawasan lereng bukit

KUALA BERANG: Polis akan memasang kawat duri di Jalan Aring 8-Kenyir-Kuala Jeneris di Jalan Tasik Kenyir di sini, bagi mengelak penunggang dan pembonceng motosikal menggunakan laluan itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, berkata ia susulan terdapat penunggang motosikal yang dikesan melalui kawasan terbabit menggunakan lereng bukit.

Beliau berkata, laluan berkenaan ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat pada Disember tahun lalu.

"Kita akan pasang kawat duri di sana untuk halang laluan itu digunakan kerana ia berbahaya kepada mereka.

"Runtuhan di situ agak serius dan kita bimbang berlaku kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 21 saat menunjukkan beberapa penunggang menolak motosikal mereka menggunakan laluan lereng bukit.

Media sebelum ini melaporkan, penghadang konkrit diletakkan berikutan terdapatnya pemandu kenderaan yang masih berdegil untuk melalui kawasan berkenaan.

Tindakan itu diambil kerana ada segelintir pemandu yang melalui jalan berkenaan meskipun papan tanda jalan ditutup sepenuhnya sudah diletakkan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search