OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi: Hospital utama Myanmar jadi kawasan kecemasan besar

Gempa bumi: Hospital utama Myanmar jadi kawasan kecemasan besar

MYANMAR, 28 Mac- Gempa bumi kuat yang berlaku pada Jumaat telah menjadikan sebuah hospital utama di ibu negara Myanmar sebagai "kawasan kecemasan besar", manakala sekurang-kurangnya tiga orang maut dan puluhan lagi terperangkap di Thailand selepas sebuah bangunan pencakar langit runtuh.

Gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud itu melanda di barat laut bandar Sagaing, Myanmar tengah, dan diikuti beberapa minit kemudian dengan gegaran susulan berukuran 6.4 magnitud.

Ia menyebabkan bangunan runtuh, jalan rosak, dan Jambatan Ava yang terkenal juga runtuh.

Kemusnahan tersebut menyebabkan Junta Myanmar mengeluarkan permintaan yang jarang dilakukan untuk bantuan kemanusiaan antarabangsa, apabila mereka mengisytiharkan darurat di enam wilayah yang paling terjejas.

Ratusan mangsa dibawa ke hospital di ibu kota Naypyidaw, dengan mangsa yang cedera dirawat di luar hospital akibat kerosakan pada bangunan tersebut.

Pintu masuk jabatan kecemasan hospital itu runtuh dan menimpa sebuah kereta.

Seorang pegawai hospital mengarahkan wartawan supaya menjauhi kawasan terjejas itu.

"Ini adalah kawasan kecemasan besar," katanya kepada AFP.

Seorang doktor berkata pihaknya cuba mengendalikan situasi tersebut dengan sebaik mungkin.

"Saya belum pernah melihat (keadaan) seperti ini sebelum ini. Kami cuba mengendalikan situasi ini. Saya sangat penat sekarang," katanya.- AFP

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search