OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

10 jam terperangkap banjir tanpa bekalan elektrik

10 jam terperangkap banjir tanpa bekalan elektrik

JOHOR BAHRU – Seorang wanita, Norlia Abdul Rashid, 29, berkongsi detik cemas semasa terperangkap di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara di sini akibat banjir minggu lalu.

Norlia berkata, dia dan ahli keluarganya terpaksa berkongsi roti untuk mengisi perut ketika waktu berbuka puasa dalam keadaan gelap kerana bekalan elektrik terputus lebih 10 jam.

“Saya cemas apabila terperangkap akibat banjir. Kita tidak tahu berapa lama akan terperangkap. Saya tidak dapat bancuh susu anak dan terpaksa pujuk anak-anak tidur dalam keadaan panas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, pihaknya menyalurkan bantuan segera RM300 dan bantuan bulanan persekolahan RM1,000 kepada keluarga tersebut.

Pengurus Besar Pasar raya Econsave, Mas Imran Adam pula berkata, keluarga berkenaan menerima baucar membeli-belah bernilai RM1,000. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search