OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

13,089 mangsa banjir Johor di 95 PPS

13,089 mangsa banjir Johor di 95 PPS

PETALING JAYA: 

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 13,089 orang daripada 3,749 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 12,686 orang daripada 3,709 keluarga malam tadi.

Semua mangsa banjir itu ditempatkan di 95 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Azmi Rohani, berkata jumlah mangsa banjir di Johor Bahru terus meningkat kepada 5,402 orang (1,532 keluarga) dengan 27 PPS dibuka, diikuti Kluang 2,458 orang (708 keluarga) di 22 PPS dan Pontian 1,782 orang (488 keluarga) di 21 PPS.

“Kota Tinggi menunjukkan peningkatan kepada 1,690 orang (491 keluarga) berlindung di 15 PPS, manakala mangsa banjir di Kulai berjumlah 1,531 orang (460 keluarga) di lapan PPS.

 

“Batu Pahat turut dilanda banjir dengan 226 mangsa (70 keluarga) dan satu lagi PPS diaktifkan,” katanya menurut Berita Harian. Tetapi, beliau berkata, lima PPS di Kluang sudah ditutup.

Dalam pada itu itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Segamat dan Kluang pagi ini, tetapi tiada amaran hujan bagi Johor.

Pada masa sama, bacaan paras air di Sungai Batu Pahat, Sungai Endau dan Sungai Pulai melepasi tahap bahaya, manakala dua jalan di Kota Tinggi serta satu jalan di Segamat terputus hubungan.

Jalan Lukut Cina di Taman Aman, Kota Tinggi ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat arus deras, dengan Jalan Johor Bahru – Endau dekat LGM atau Bukit Samsu menjadi laluan alternatif.

Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi turut ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat arus deras dan laluan alternatif di Jalan Lok Heng atau Jalan Mawai atau Sungai Mas.

Jalan Jabi, Bukit Tempurung di Segamat pula ditutup kepada semua jenis kenderaan, tetapi tiada laluan alternatif.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search