OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

3 daerah di Johor banjir akibat hujan berterusan sejak semalam

3 daerah di Johor banjir akibat hujan berterusan sejak semalam

JOHOR BAHRU, 20 Mac- Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan banjir di tiga daerah di Johor dengan 753 penduduk terjejas dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara PPS setakat pukul 4 pagi tadi.

Daerah terjejas membabitkn Johor Bahru, Pontian dan Kulai.

Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, 461 penduduk ditempatkan di enam PPS di Johor Bahru sejak semalam.

Manakala 235 lagi penduduk di 2 PPS di daerah Kulai sementara di Pontian, 57 penduduk berlindung di dua PPS.

Dua sungai di Johor Bahru dan satu di Kulai menunjukkan bacaan paras bahaya sehingga awal pagi tadi.

Ketika ini, beberapa kawasan masih dilanda hujan termasuk di Johor Bahru.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search