OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut di Sekinchan Selasa lalu berlaku dalam skala besar

Ribut di Sekinchan Selasa lalu berlaku dalam skala besar

SEKINCHAN: Kejadian ribut yang mengakibatkan kerosakan teruk di Taman Ria pada 11 Mac lalu disifatkan berlaku dalam skala besar berikutan perubahan Monsun Timur Laut (MTL).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, rekod sebelum ini menunjukkan daerah Sabak Bernam yang terkenal dengan kawasan jelapang padi sering dilanda bencana itu.

"Kerap kali berlaku (ribut) bumbung terbang dan sebagainya tetapi tidak dalam skala besar. Kadang-kadang hanya lima hingga 10 rumah saja terjejas.

"Namun, ribut yang berlaku untuk kali ini selepas Kampung Parit Empat pada 6 Mac lalu mengakibatkan sebanyak 48 kediaman rosak," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa ribut di sini, hari ini

Turut hadir, Pegawai Daerah Sabak Bernam Ali Sadikin Sadin. Dalam majlis itu, Suee Lim menyampaiakan sumbangan RM30,000 sumbangan tunai dan barangan keperluan secara 'one off' kepada mangsa ribut berkenaan. 

Pada masa sama, Suee Lim juga menyerahkan sumbangan moreh untuk masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan sebanyak RM 25,000 bagi mengimarahkan sambutan Ramadan.

Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan turut mengingatkan penduduk di Sekinchan supaya bersiap siaga dan peka dengan perubahan cuaca.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search