OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran 93.36 hektar hutan gambut di Pekan berjaya dipadamkan

Kebakaran 93.36 hektar hutan gambut di Pekan berjaya dipadamkan

KUANTAN: Bomba berjaya memadamkan kebakaran di kawasan seluas 93.36 hektar hutan gambut di Pekan yang terbakar sejak 7 Mac lalu.

Secara keseluruhannya kawasan kebakaran membabitkan 113 hektar di tiga lokasi kebakaran di daerah itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, berkata ketika ini, anggota bomba sedang berusaha memadamkan baki 19.64 hektar yang masih terbakar itu.

Katanya, tiga lokasi kebakaran itu di Kampung Cenderawasih, Ladang Nenas dan Palm Valley yang membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Nenasi, Peramu dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM).

"Seramai 71 anggota terbabit dalam operasi pemadaman yang memasuki hari kesembilan termasuk bantuan daripada agensi luar iaitu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kaedah pengeboman air, beliau berkata, sejumlah 259,326 liter air digunakan untuk operasi memadam kebakaran hutan gambut sehingga semalam.

Katanya, helikopter melakukan pengeboman air sebanyak 181 kali dengan mendapatkan sumber air parit di sekitar kawasan kebakaran.

"Operasi pemadaman digerakkan melalui beberapa kaedah utama antaranya adalah melalui kaedah pemadaman darat.

"Sehubungan itu, JBPM bersama agensi berkaitan terus berusaha memastikan kebakaran ini dapat dipadamkan sepenuhnya bagi melindungi alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat setempat.

"Semoga operasi ini berjaya dan segala usaha pasukan di lapangan dipermudahkan," katanya.

 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search