OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

181 kali ‘water bombing’ padam hutan Cenderawasih

181 kali ‘water bombing’ padam hutan Cenderawasih

PEKAN – Pasukan bomba telah melakukan ‘water bombing’ sebanyak 181 kali sehingga tengah hari ini bagi memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan hutan tanah gambut berhampiran Kampung Cenderawasih di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Ibrahim berkata, dalam operasi selama sembilan hari itu pasukan bomba menggunakan sebanyak 259,326 liter air untuk pengoperasian melalui osawat.

“Operasi pemadaman dilakukan pada ketinggian 100 hingga 200 kaki dan ke bawah menggunakan teknik ‘bush dan candle light fire’ yang melibatkan lapan kru dan tiga pegawai JBPM Pahang.

“Pesawat mengambil air daripada tiga sumber air parit berhampiran di sekitar ladang untuk melakukan pemadaman dan melakukan pemadaman di kawasan ladang berhampiran hutan simpan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Razam, operasi pemadaman di kawasan berkenaan bermula 7 Mac lalu dan melibatkan kawasan hutan gambut berkeluasan 897.82 hektar.

Katanya, sehingga semalam jumlah kawasan kebakaran ialah seluas 113 hektar dan sebanyak 93.36 hektar telah dipadamkan dengan baki kawasan yang masih terbakar kira-kira 19.64 hektar. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search