OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pantai Timur, Lembah Klang hujan lebat petang ini

Pantai Timur, Lembah Klang hujan lebat petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di 13 negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk dijangka melibatkan kawasan seluruh Kuala Lumpur dan Melaka.

Bagi Kelantan, cuaca buruk di ramalkan di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, dan Gua Musang manakala di Terengganu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

“Di Pahang kawasan yang dijangka hujan lebat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.

“Ribut petir turut melanda Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jempol dan Tampin,” kata kenyataan itu.

Kawasan yang turut dijangka mengalami hujan lebat di Perak adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu, MetMalaysia berkata hujan lebat melanda Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling, manakala negeri Johor adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi Kedah pula, cuaca buruk dijangka di Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Sarawak, antara kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk pula adalah Kuching (Kuching), Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang (Limbang).

“Amaran sama juga dikeluarkan bagi negeri Sabah melibatkan daerah Tawau (Lahad Datu),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search