OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Pencemaran Sungai Lereh makin parah

Pencemaran Sungai Lereh makin parah

MELAKA – Pencemaran Sungai Lereh semakin tidak terkawal susulan 11 lagi aduan dibuat oleh penduduk setempat terutama nelayan sejak November lalu hingga awal bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, kekerapan pencemaran yang berlaku sebenarnya lebih tinggi, namun tidak dilaporkan kerana berskala kecil.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan air sungai tersebut berbau busuk dan bewarna hitam serta dipercayai mampu memudaratkan nelayan.

“Para nelayan mendakwa mereka mengalami gatal dan penyakit kulit setelah bersentuhan dengan air sungai tercemar ini. Beberapa kawasan telah disyaki sebagai punca berlakunya masalah ini termasuk sebuah tapak pelupusan di Sungai Udang.

“Saya difahamkan Jabatan Alam Sekitar Melaka telah selesai menganalisa sampel air sungai tetapi butiran lanjut tidak boleh didedahkan. Tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat dijangka dibuat dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan Sungai Lereh di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Komuniti Nelayan Sungai Lereh, Zahnudin Aluwi berkata, pencemaran yang berlaku sejak 2023 sangat menjejaskan sumber pendapatan nelayan.

“Sebelum ini nak tangkap udang galah dan ikan belanak sangat mudah. Tetapi kini jumlahnya semakin berkurangan disebabkan keadaan air yang tidak lagi sesuai untuk ikan bertelur,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search