OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Projek tebatan banjir: Janganlah sebar benda bohong, fitnah - MB Kelantan

Projek tebatan banjir: Janganlah sebar benda bohong, fitnah - MB Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menafikan dakwaan pihaknya menyalahguna peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk projek tebatan banjir.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata dakwaan dana projek tebatan banjir daripada Kerajaan Pusat disalah guna kerajaan negeri untuk diberi kepada Ahli Parlimen sehingga projek tidak siap, adalah fitnah serta bohong.

Tebatan banjir bukan projek kerajaan negeri dan dari segi tawaran kepada kontraktor juga dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

"Pembayaran juga dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak melalui kerajaan negeri. Janganlah kita sebar benda bohong.

"Orang ini (yang bagi kenyataan) jawatan besar, jadi macam mana boleh berlaku macam ni, ...mengaji (belajar) tengok (peringkat) doktor falsafah (PhD).

"Biasa PhD bercakap berdasarkan fakta kerana orang PhD buat kajian dan fakta bukan setakat salah ini memang fitnah. Tidak boleh," katanya dalam ucapan yang dimuatnaik di Facebook, malam tadi.

Terdahulu tular satu podcast yang disyaki seorang penjawat awam kononnya menerangkan khabar angin bahawa Perdana Menteri marah sebab duit tebatan banjir masuk kepada akaun kerajaan negeri dan diagihkan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang tidak mendapat peruntukan.

Sehubungan itu, Mohd Nassuruddin mengingatkan bahawa semua yang ditulis dan diucap setiap individu dicatat oleh malaikat.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search