OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut melanda Sekinchan, Tanjong Karang

Ribut melanda Sekinchan, Tanjong Karang

ibut kencang dilaporkan melanda Sekinchan dan Tanjong Karang di Selangor semalam.

Bernama memetik Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar sebagai berkata kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

Bagaimanapun, tambahnya, ribut itu menjejaskan lapan buah rumah.

Bagaimanapun, Adun Sekinchan Ng Suee Lim melalui satu hantaran di Facebook melaporkan bahawa lebih 10 rumah milik petani rosak teruk akibat dilanda angin kencang itu.

Katanya, ribut itu berlaku di Parit Empat berhampiran sempadan parlimen Tanjong Karang.

Catatan Facebook Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam semalam berkata rondaan dan pemeriksaan sedang dijalankan bagi menentukan jumlah kerosakan akibat ribut itu.

Turut dilampirkan pada hantaran itu adlah video berdurasi dua minit dan 12 saat yang memaparkan serpihan berpusar di udara manakala bumbung rumah tercabut.

Laporan Bernama kemudiannya memetik seorang peniaga warung Azman Mastol, 58, sebagai berkata ribut itu telah menyebabkan diakerugian kira-kira RM120,000 selepas rumahnya rosak teruk.

Menurutnya, adalah kali pertama bencana seumpamanya berlaku sepanjang dia membesar di kawasan berkenaan dengan ketika kejadian, dia dan isteri berada di rumah anak sulung mereka di Putrajaya.

"Saya bergegas pulang sebaik dimaklumkan jiran, dan sejurus tiba, saya lihat bumbung terutamanya di bahagian dapur musnah manakala di dalam rumah sudah digenangi air akibat hujan lebat yang merosakkan perabot serta barangan elektrik.

"Saya sedih kerana rumah ini menjadi tempat anak cucu berkumpul ketika Aidilfitri. Melihat keadaan rumah, saya rasa mungkin tahun ini kami terpaksa beraya di rumah anak di Putrajaya," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut laporan itu, kebanyakan bumbung kediaman di kawasan berkenaan rosak, selain banyak kelengkapan rumah terjejas kerana kejadian berlaku ketika hujan lebat.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search