RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
- Admin UKK
- Berita
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau Negara bermula pada 22 hingga 25 Februari 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Kelantan, Terengganu serta pedalaman Perak dan Kedah dalam tempoh berkenaan.
MET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari
Tarikh: 20 Februari 2025