OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Sultan Pahang santuni penduduk terjejas banjir di Karak

Sultan Pahang santuni penduduk terjejas banjir di Karak

KUANTAN, 20 Februari- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan bercemar duli menyantuni penduduk terjejas banjir di Karak, Bentong,.

Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 49 ketua isi rumah membabitkan 150 penduduk dari Kampung Karak Setia dan Perumahan PR1MA Karak yang terjejas akibat bencana tersebut.

Dalam titahnya, baginda mengingatkan penduduk agar menerima ujian itu dengan tabah serta menganggapnya sebagai satu rahmat. Baginda turut menasihatkan penduduk supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan bersabar dalam menghadapi musibah.

Baginda juga bertitah agar penduduk yang menetap berhampiran sungai mengambil inisiatif membina rumah bertiang tinggi sebagai langkah persediaan.

Pihak berkuasa berkaitan turut disarankan untuk mendalamkan sungai serta membina tebatan banjir bagi mengurangkan impak bencana pada masa hadapan.

Keberangkatan tiba baginda di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search