OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Sasar dana RM50,000 untuk bantu pelajar sekolah terjejas banjir

Sasar dana RM50,000 untuk bantu pelajar sekolah terjejas banjir

Alor Setar: Citadel Group bekerjasama dengan GoBarakah, platform e-voucher patuh syariah bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar yang terjejas akibat banjir di Kedah.

Pengarah Citadel Group, Fred Chan berkata, pihaknya menyasarkan kutipan dana sebanyak RM50,000 untuk membantu sekurang-kurangnya 250 pelajar sekolah menengah di negeri itu.

Menurutnya, dana itu akan digunakan bagi membeli keperluan asas sekolah seperti seragam, buku dan alat tulis, sekali gus memastikan pelajar terjejas banjir dapat meneruskan pelajaran tanpa gangguan.

"Citadel Group dan GoBarakah menggunakan sistem transaksi digital dan penjejakan pintar untuk memastikan bantuan disalurkan secara telus dan berkesan.

"Platform GoBarakah membolehkan sumbangan disalurkan terus kepada penerima yang disahkan, dengan transaksi digital yang membolehkan dana digunakan secara fleksibel mengikut keperluan mereka.

"Komitmen kami adalah untuk berdiri bersama komuniti yang terkesan dengan bencana ini. Melalui penyelesaian digital inovatif, kami memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan dengan cepat supaya pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka tanpa gangguan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, GoBarakah yang dilancarkan pada November 2023 menawarkan penyelesaian inovatif dalam pengurusan bantuan sosial dengan meningkatkan ketelusan dan keberkesanan penyaluran sumbangan.

Katanya, kerjasama Citadel Group dan GoBarakah menghubungkan penderma, organisasi dan penerima manfaat dalam satu ekosistem digital yang bertanggungjawab dan mampan.

"Citadel Group kini memasuki tahun kelima operasinya dan terus komited dalam menyediakan produk kewangan berlandaskan syariah.

"Perkhidmatan kami kini merangkumi Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur dengan pejabat di Kuching, Sibu, dan Tawau, Sabah.

"Citadel Group bersedia untuk berkembang ke peringkat antarabangsa menjelang 2025, serta mendefinisikan semula landskap pengurusan kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.citadelgroup.com.my," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search