OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Indonesia keluar amaran tahap tertinggi bagi Gunung Lewotobi Laki-laki

Indonesia keluar amaran tahap tertinggi bagi Gunung Lewotobi Laki-laki

JAKARTA, 13 Feb: Tahap aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-laki di Nusa Tenggara Timur dinaikkan ke tahap IV, iaitu tahap amaran tertinggi pada 3 pagi waktu tempatan Khamis.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) dalam kenyataannya menggesa orang ramai serta pihak berkuasa agar tidak melakukan sebarang aktiviti dalam radius enam kilometer dari pusat gempa.

Penduduk juga dinasihatkan mengelakkan kawasan barat daya hingga timur laut dalam lingkungan tujuh kilometer.

“Selain ancaman letusan, aliran lahar serta kemungkinan berlakunya tanah runtuh akibat hujan perlu diberi perhatian, terutama bagi penduduk di kawasan tadahan sungai berhampiran puncak gunung,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan tempatan terus menyelaras usaha bersama Pos pemantauan gunung berapi di Kampung Pululera serta Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) bagi memastikan langkah mitigasi dilaksanakan dengan berkesan.

Kerajaan tempatan Flores Timur turut menggesa penduduk yang telah kembali ke enam kampung dalam zon berisiko tinggi agar segera berpindah semula ke pusat perlindungan yang ditetapkan atau mencari tempat selamat.

Peningkatan status amaran ini seiring dengan aktiviti seismik yang semakin ketara sejak 5 hingga 13 Feb.

Gegaran gunung berapi juga meningkat secara mendadak sejak malam Selasa dan berterusan sehingga tengah malam Khamis, dengan aktiviti seismik masih berlangsung. – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search