OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

PETROSNiaga pastikan kelangsungan bekalan susulan tanah runtuh di Terminal LPG Bintulu

PETROSNiaga pastikan kelangsungan bekalan susulan tanah runtuh di Terminal LPG Bintulu

 

KUCHING, 10 Feb: Susulan tanah runtuh di Terminal LPG Bintulu baru-baru ini, PETROSNiaga telah mengaktifkan Pelan Kontinjesi Kelangsungan Perniagaan, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurutnya, syarikat itu juga telah mengalihkan bekalan gas petroleum cecair (LPG) dari Terminal PUSAKA Integrated Resources Sdn Bhd (PIRSB) Bintulu ke kemudahan Senari IOT Kuching.

“Langkah-langkah segera telah diambil untuk menangani keadaan ini dan memastikan bekalan silinder LPG bersubsidi untuk pengguna domestik dan silinder LPG tidak bersubsidi untuk pengguna komersial di seluruh Sarawak tidak terputus,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau turut memberi jaminan pihaknya memantau situasi dan akan terus memberikan kemas kini seiring dengan perkembangan terkini.

Bintulu baru-baru ini mengalami banjir yang luar biasa selepas beberapa hari hujan lebat berterusan – banjir terburuk yang pernah dicatatkan dalam sejarah Bintulu.

Keadaan cuaca ekstrem tersebut telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh di sebuah bukit di belakang Terminal LPG PIRSB dan sebuah tangki simpanan air yang terletak di puncak bukit tersebut di bawah seliaan Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Julaihi berkata, PIRSB dengan kerjasama BPA telah memulakan kerja-kerja untuk menstabilkan kawasan tersebut dan melaksanakan langkah-langkah pembaikan dan pemulihan yang diperlukan.

“Penilaian berterusan sedang dijalankan dan setelah kawasan dianggap selamat, kerja-kerja pembaikan dan operasi di terminal akan disambung semula,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search