OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Letupan kuari ikut SOP

Letupan kuari ikut SOP

Alor Setar: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan aktiviti letupan batu di kuari berhampiran Kampung Padang mukim Sungai Kecil Hilir, Bandar Baharu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan tahap bunyi dan gegaran di tapak kuari berkenaan mematuhi had ditetapkan.

Katanya, siasatan JAS Kedah semalam melibatkan pemeriksaan di kuari, sekitar kuari serta rumah penduduk berdekatan.

"Pengukuran bunyi dan getaran telah dilaksanakan di lokasi rumah pengadu sebagai stesen pemantauan yang terletak kira-kira 650 meter dari kawasan letupan semasa aktiviti letupan dijalankan oleh pengusaha kuari," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search