OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Seramai 2,464 orang daripada 763 keluarga terjejas banjir di Sarawak, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Angka berkenaan tidak berubah berbanding, tengah malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak 16 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di 10 daerah negeri itu.

"Bintulu kekal menjadi daerah paling teruk dilanda banjir; melibatkan 600 orang penduduk terjejas.

"Ini diikuti Mukah, 439 orang dan Tatau, 439 orang," menurut kenyataan itu.

Sementara di Sabah, angka penduduk dipindahkan ke PPS, kekal seramai 980 orang daripada 301 keluarga, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Ia membabitkan enam PPS di negeri itu.

"Daerah terjejas adalah Beaufort dengan menempatkan 530 orang, Kinabatangan, (278 orang), Membakut (159 orang) dan Tambunan (13 orang)," menurut kenyataan itu.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search