OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir dua negeri, Sarawak paling terjejas

Banjir dua negeri, Sarawak paling terjejas

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Seramai 3,921 orang daripada 1,325 keluarga terjejas banjir di Sarawak, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan meningkat sedikit berbanding 3,920 orang daripada 1,322 keluarga, tengah malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan sebanyak 21 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan di 12 daerah negeri itu.

"Bintulu kekal menjadi daerah paling teruk dilanda banjir; melibatkan 1,295 orang terjejas.

"Ini diikuti Selangau, 784 orang dan Mukah, 446 orang," menurut kenyataan tersebut.

Sementara di Sabah, angka penduduk dipindahkan ke PPS kekal 420 orang daripada 106 keluarga, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Ia membabitkan lima PPS di negeri itu.

"Daerah terjejas adalah Kinabatangan, dengan menempatkan 276 orang di PPS, Keningau (132 orang) dan Tambunan (12 orang)," menurut kenyataan berkenaan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search