OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Usaha pasukan penyelamat bantu mangsa banjir di Mukah amat dihargai – Hanifah

Usaha pasukan penyelamat bantu mangsa banjir di Mukah amat dihargai – Hanifah

MUKAH, 7 Feb: Usaha pasukan penyelamat dan pihak berkaitan yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di sini amat dihargai, kata Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib.

Menurutnya mereka yang terlibat termasuk pihak sukarelawan dilihat komited dalam memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk yang terjejas sentiasa dalam keadaan baik.

“Saya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membantu mangsa banjir, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Terdahulu, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia itu turun padang bagi meninjau situasi banjir terkini yang melanda beberapa kawasan di Mukah. 

Dalam lawatan tersebut, Hanifah turut menyampaikan bantuan kepada penduduk yang masih terputus hubungan dengan bandar, termasuk jaket keselamatan serta bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan harian. 

“Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Hanifah dalam pada itu berharap mangsa banjir tabah menghadapi ujian  bencana kali ini sambil memuji semangat kebersamaan dalam komuniti dalam menghadapi cabaran mendatang.

Lawatan Hanifah semalam turut diiringi oleh wakil beberapa jabatan, agensi, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Polis Diraja Malaysia Daerah Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mukah, Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Mukah, serta beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search