OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat semula, 5 PPS beroperasi

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat semula, 5 PPS beroperasi

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat semula kepada 608 orang daripada 162 keluarga di tiga daerah, setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata, jumlah itu berikutan peningkatan mangsa di daerah Keningau dan Beaufort.

Setakat 8 pagi ini katanya, PPS Selagon di Beaufort yang dibuka semula sejak tengah hari semalam, menempatkan seramai 223 mangsa daripada 65 keluarga berbanding 149 mangsa pada malam tadi.

“Di Keningau, jumlah mangsa yang dipindahkan setakat pagi ini ialah 132 orang daripada 32 keluarga di dua PPS iaitu di Dewan Koningau, Majlis Daerah Keningau (MDK) dan Dewan Masyarakat Keningau berbanding 77 mangsa malam tadi.

“Dewan Masyarakat Keningau baru dibuka semalam berikutan peningkatan mangsa selepas banjir melanda sekitar pekan Keningau dan beberapa kampung berhampiran sungai kelmarin,” katanya.

Sementara itu, daerah Kinabatangan kekal merekodkan seramai 253 mangsa daripada 65 keluarga yang ditempatkan sementara di dua PPS berikutan banjir di beberapa kampung sejak 29 Januari lalu.

Banjir gelombang kedua kembali melanda daerah Beaufort dipercayai kesan daripada hujan lebat berterusan di hulu Sungai Padas, khususnya di Keningau dan Tambunan yang turut berdepan bencana banjir sejak kelmarin.

Pembukaan semula PPS Selagon di Beaufort dan tambahan satu PPS di Keningau semalam menjadikan lima PPS mangsa banjir beroperasi di Sabah setakat pagi ini.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search