OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bantuan RM50k untuk keluarga mangsa korban tanah runtuh

Bantuan RM50k untuk keluarga mangsa korban tanah runtuh

Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan RM50,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, kelmarin.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bantuan itu disalurkan bagi meringankan beban keluarga mangsa terbabit.

“Setiap mangsa yang terkorban akan diberi bantuan RM10,000,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan SJKC Chung Hua, Batu Kawa, semalam.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Sementara itu, Fatimah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyediakan kaunselor bagi membantu semua mangsa yang selamat dalam kejadian.

“Bagi keluarga yang terselamat, musibah itu pasti meninggalkan kesan terhadap mereka dan gangguan emosi yang berat terpaksa ditanggung.

“JKM akan menanganinya dengan menghantar kaunselor untuk membantu memulihkan semangat dan emosi mereka,” katanya.

Selain itu katanya, JKM juga menggerakkan kaunselor ke semua PPS di seluruh negeri.

“Pejabat JKM di setiap bahagian mempunyak kaunselor, tetapi jika bahagian atau daerah itu tidak mengalami banjir, kita akan memanggil kaunselor itu untuk membantu di tempat yang dilanda banjir,” katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search