OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tertimbus awal pagi!

Tertimbus awal pagi!

Ketika masyarakat Cina di Sarawak baru memulakan sambutan Tahun Baharu Cina, keadaan di Kampung Lereng Bukit, di sini dilanda duka susulan kejadian tanah runtuh awal pagi kelmarin yang meragut lima nyawa.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula pada 3.03 pagi berakhir pada 6.50 petang dengan penemuan mangsa terakhir seorang wanita dewasa pada 6.06 petang yang berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata lima mangsa yang terkorban ialah Sazarena Arabi, 41, Fatimah Dawi, 71,

Irsyad Syairah, 16, Nur Raisyah Syahirah, 8, dan Nur Rania Syafiqah, 11.

Semua mangsa tinggal serumah dan dua lagi penghuni rumah berkenaan iaitu Nur Irsalina Syairah, 17, mengalami kecederaan

patah kaki kanan dan sedang menerima rawatan, manakala Arabi Samsudin, 71, tidak mengalami kecederaan.

Lima sekeluarga yang tinggal di sebuah lagi rumah terbabit dalam insiden itu terselamat iaitu

Muhammad Mahmud, 60, Nur Athirah Nabinah, 29, Nur Afiqah 29, dan Nur Aqilah Nadirah, 18, manakala Massahan Mustafa, 58, cedera ringan di kaki kiri.

Tragedi berkenaan mendapat perhatian Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, turut berdukacita dengan kejadian menyayat hati yang berlaku ketika sambutan Tahun Baharu Cina dan meminta orang ramai agar berwaspada susulan amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga Jumaat ini.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search