OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

352 sekolah ditutup kerana pencemaran udara

352 sekolah ditutup kerana pencemaran udara

Bangkok: Pencemaran udara di ibu negara Thailand memaksa penutupan lebih 350 sekolah pada Jumaat, kata pihak berkuasa bandar raya, memandangkan Bangkok disenaraikan sebagai bandar raya utama ketujuh paling tercemar di dunia oleh pemantau kualiti udara, IQAir.

Pencemaran udara bermusim lama melanda Thailand, seperti kebanyakan negara di rantau ini, tetapi keadaan berjerebu minggu ini menutup kebanyakan sekolah sejak 2020.

"Pentadbiran Metropolitan Bangkok menutup 352 sekolah di 31 daerah akibat pencemaran udara," kata pihak berkuasa itu dalam satu mesej yang dikongsikan di kumpulan rasmi LINE.

Semalam, lebih 250 sekolah di Bangkok ditutup kerana pencemaran, kerana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan menyekat kenderaan berat di bandar itu.

Pencemaran udara melanda negara Asia Tenggara secara bermusim, kerana udara musim sejuk yang lebih sejuk dan bertakung bergabung dengan asap daripada pembakaran tunggul tanaman dan asap kereta.

Menjelang Jumaat, paras bahan pencemar PM2.5 - mikrozarah penyebab kanser cukup kecil untuk memasuki aliran darah melalui paru-paru - mencecah 108 mikrogram setiap meter padu, menurut IQAir.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan pendedahan purata 24 jam tidak boleh lebih daripada 15 untuk kebanyakan hari dalam setahun.

Pihak berkuasa Bangkok berkata, minggu ini, sekolah di kawasan dengan tahap PM2.5 tinggi boleh memilih untuk ditutup.

Menjelang pagi Jumaat, 352 daripada 437 sekolah di bawah Pihak Berkuasa Metropolitan Bangkok ditutup, menjejaskan beribu-ribu pelajar.

Angka itu adalah yang tertinggi sejak 2020, apabila semua sekolah di bawah pihak berkuasa bandar ditutup kerana pencemaran udara.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search