OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran musnahkan lebih 500 rumah di Jakarta

Kebakaran musnahkan lebih 500 rumah di Jakarta

JAKARTA - Lebih 600 keluarga di bandar Jakarta, Indonesia terpaksa dipindahkan selepas kebakaran memusnahkan lebih 500 rumah di daerah Kemayoran, Jakarta Pusat awal pagi Selasa, lapor Xinhua.

Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian itu. Mangsa yang dipindahkan kini berlindung di tempat ibadat berdekatan, menurut jurucakap agensi mitigasi bencana bandar itu, Mohamad Yohan.

"Pelbagai keperluan logistik diperlukan," kata Yohan, sambil menambah bahawa pentadbiran bandar telah mengagihkan makanan segera, selimut dan air botol untuk membantu mereka yang terjejas.

Seramai 170 anggota bomba dengan 34 jentera mengambil masa kira-kira enam jam untuk memadamkan kebakaran itu.

Ketua Polis Jakarta Pusat Susatyo Purnomo Condro berkata, pihak berkuasa mengesyaki litar pintas di satu daripada rumah itu mungkin menjadi punca kebakaran tersebut.

"Bagaimanapun, ini hanyalah andaian awal. Kami akan menjalankan siasatan menyeluruh dengan kerjasama Pusat Makmal Forensik Polis Negara untuk menentukan punca sebenar kebakaran," katanya.

Beberapa jalan ditutup sementara bagi memudahkan proses pemindahan, tambah Condro. - Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search