OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kerja neutral sisa tumpahan bahan kimia selesai - Bomba

Kerja neutral sisa tumpahan bahan kimia selesai - Bomba

KLANG: Operasi meneutralkan sisa-sisa tumpahan kimia oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) susulan letupan di sebuah kilang bahan kimia di Kawasan Perindustrian Kapar, di sini selesai, pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya membawa bahan kimia untuk meneutralkan sisa-sisa tumpahan bahan kimia yang terdapat di lantai dan di dalam longkang di kawasan premis terbabit, semalam.

"Bomba berusaha meneutralkan dan menutup sebarang kebocoran yang ada pada tangki-tangki bahan kimia yang terdapat di premis.

"Sebaik selesai kerja-kerja meneutralkan sisa-sisa tumpahan, bomba akan serahkan untuk tindakan selanjutnya kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).

"(Berdasarkan maklumat dari pemilik premis)..premis ini memproses asid kitar semula untuk digunakan sebagai pencuci makmal," katanya ketika ditemui malam tadi di lokasi kejadian.

Dalam kejadiaan itu, katanya, ketika bomba tiba, premis sudah dikosongkan dan tiada mangsa di dalam premis kerana semua berjaya keluar.

"Bomba difahamkan, tiada mangsa yang cedera namun beliau dimaklumkan, ramai yang mengalami gejala pedih dan sakit mata selain sesak nafas sebab terhidu bahan kimia," katanya.

Beliau berkata, pada jam 6.20 petang semalam, bacaan oksigen adalah 20.9 peratus dan bacaan Hidrogen Sulfida dan Karbon Monoksida pula di tahap normal.

"Namun, masih terdapat sisa, yang mana kita masih dapat menghidu bau yang kurang menyenangkan dan menyebabkan mata pedih berair tetapi kesannya rendah," katanya.

Beliau juga mengesahkan letupan terbabit berlaku di sebuah premis sahaja namun kesan daripada letupan itu menyebabkan kerosakan di premis bersebelahan dan berhadapan kilang terbabit.

"Jumlah keseluruhan berapa premis yang terjejas akibat letupan itu masih dalam siasatan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden kebocoran bahan kimia dan letupan di sebuah kilang bahan kimia di Kawasan Perindustrian Kapar, kira-kira jam 4.46 petang.

Bomba menggerakkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Shah Alam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian letupan kilang berkenaan dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di premis itu.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search