Tinjauan ke Kg Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan Untuk Melihat Kesan Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Akibat Banjir Monsun Timur Laut
- Admin UKK
- Berita
Program Tinjauan ke Kg Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan untuk melihat kesan runtuhan tebing Sungai Kelantan akibat banjir Monsun Timur Laut.
Lawatan disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Datuk Seri Mustapa Mohamed ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali serta wakil-wakil Kerajaan Negeri.
Antara cadangan yang telah dikemukakan Kerajaan Kelantan adalah untuk penelitian adalah membaik pulih runtuhan tebing sungai, pengambilan tanah di kawasan yang terlibat dan pembinaan semula Rumah Pam Saliran Air Muleh.
Pada pertengahan bulan Februari, seramaj 98 orang penduduk kawasan itu daripada 45 keluarga dipindahkan setelah lima buah musnah susulan kejadian tebing runtuh.