OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Luruan monsun dijangka berlaku bermula esok

Luruan monsun dijangka berlaku bermula esok

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan luruan monsun kuat dijangka memasuki rantau negara bermula esok dan berterusan sehingga 13 Januari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah dalam tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak berkuat kuasa pada 10 hingga 12 Januari 2025. 

“Pada masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora sedang berkuat kuasa bagi perairan Laut China Selatan sehingga 13 Januari ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.– SABAH MEDIA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search