OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang

Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang

KUANTAN: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini, menyebabkan laluan terhalang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, berkata tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada jam 2 pagi itu.

"Kejadian itu mengakibatkan laluan di kedua-dua arah terhalang, namun kerja-kerja pembersihan giat dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands memaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berada di lokasi kejadian bagi memantau dan menghantar bantuan anggota.

Menurut sekretariat itu, laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan, Lipis dan Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.

 

Susulan kejadian tanah runtuh itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands Leftenan (PA), Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi, berkata pihaknya telah membantu membawa 11 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kampung Raja.

Beliau berkata kesemua calon SPM itu dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke sekolah berkenaan pada 7.30 pagi tadi. – BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search