Pembinaan Jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran, Pahang
- Admin UKK
- Berita
Pembinaan Jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran, Pahang
Pembinaan bermula pada 12 Jan 2021 - 7.00am dan dalam masa 36 jam telah siap dibina pada 13 Jan 2021 jam 7.00pm
Perincian Teknikal :
Jenis jambatan : Compact Mabey 200
Panjang : 33 Meter (11 bays)
Lebar : 7.3 meter
Kekuatan : 60 tan
Jambatan ini telah selamat dibina dengan koordinasi NADMA Malaysia bersama Batalion 91, Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dengan dibantu oleh 2 Skuadron RAJD yang berpangkalan di Taiping.
Jumlah kekuatan anggota yg terlibat adalah 9 pegawai dan 111 anggota lain-lain pangkat. Agensi lain yang terlibat adalah JKR Maran, Jabatan Perhutanan Maran, Pejabat Tanah dan Daerah Maran serta penduduk setempat.
Terima kasih semua yang terlibat.