OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tiga daerah di Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga

Tiga daerah di Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga

HULU TERENGGANU - Tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman kembali dilanda banjir pada gelombang ketiga susulan hujan lebat berterusan sejak Ahad lalu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, sehingga jam 10 pagi Isnin, seramai 673 mangsa banjir daripada 182 keluarga dipindahkan ke 18 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

 

Daripada jumlah itu, daerah Hulu Terengganu merekodkan seramai 424 mangsa daripada 114 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu, mangsa banjir di daerah Besut mencatatkan seramai 238 orang daripada 63 keluarga yang dipindahkan di lima buah PPS.

Sementara itu, di daerah Kemaman pula merekodkan seramai 11 mangsa banjir daripada lima keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat jam 9.45 pagi pada Isnin, Sg. Telemong di Kuala Ping melebihi paras bahaya 0.92m daripada paras biasa sungai 19.7m.

Dua lagi sungai iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman menunjukkan melebihi paras amaran.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search