OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Cerun runtuh: LEKAS tutup laluan kecemasan, laluan perlahan di KM 9.3

Cerun runtuh: LEKAS tutup laluan kecemasan, laluan perlahan di KM 9.3

KAJANG: Pihak Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (LEKAS) telah melaksanakan penutupan laluan ekoran kejadian runtuhan cerun di Kilometer (km) 9.3, arah Utara.

LEKAS dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan laluan kepada trafik itu adalah membabitkan lorong kecemasan dan lorong perlahan, di Lebuhraya LEKAS.

“Penutupan lorong kecemasan dan lorong perlahan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baikpulih di kawasan yang terjejas.

“Pelan Pengurusan Trafik dan pemantauan 24 jam telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan lebuhraya dan pengguna lebuhraya.

“Pengguna lebuhraya diingatkan untuk sentiasa mematuhi Pelan Pengurusan Trafik dan papan tanda semasa melalui lokasi kejadian,” katanya.

LEKAS amat mengesali atas segala kesulitan yang berlaku dan menyarankan pengguna lebuh raya untuk menghubungi talian Hotline Lekas 1-800-888-021 bagi sebarang pertanyaan dan bantuan.

 

 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search