Pemantauan NADMA Emergency Support Team (NEST) Sekitar Kejadian Banjir di Kuala Krai, Kelantan
- Admin UKK
- Berita
Pemantauan NADMA Emergency Support Team (NEST) sekitar kejadian banjir di Kuala Krai, Kelantan.
Secara amnya penduduk di sini memang berada dalam keadaan siapsiaga memandangkan episod banjir sudah sebati dengan kehidupan mereka. Para petugas agensi-agensi berkaitan juga sangat berpengalaman dan mematuhi SOP Norma Baharu dalam melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan pengurusan pusat-pusat pemindahan sementara
Daripada pemerhatian team NEST, pematuhan SOP dari segi pendaftaran, suhu harian, penjarakan sosial adalah baik. Memandangkan suasana agak berbeza dari dahulu, para petugas PPS perlu sentiasa memberi peringatan kepada penghuni tentang keperluan dan kepentingan pemakaian face mask.
Dari aspek kesihatan, pihak KKM mengadakan lawatan harian, melaksanakan sanitasi dan kawalan vektor dengan membuat fogging.
Makanan berbungkus disediakan 4 kali sehari- sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Bekalan air bersih dibekalkan melalui 2 tubewell yang dibina pasca banjir 2014. Bagi aspek keselamatan pula, PPS dikawal oleh anggota RELA.