Ketua Pengarah NADMA Meluangkan Masa Menyantuni Mangsa Yang Terkesan di Dengkil
- Admin UKK
- Berita
5 November 2020 - Sehingga petang tadi, terdapat 3 buah Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka di Selangor bagi menempatkan sejumlah 148 mangsa banjir daripada 37 keluarga.
Ketua Pengarah NADMA, YBhg Datuk Dr. Aminuddin b Hassim telah meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa yang terkesan di PPS Dewan Orang Ramai Dengkil dan PPS Sek. Rendah Agama, Dengkil.