OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Lebih 9,000 mangsa terjejas di Kedah, Baling turut dinaiki air

Lebih 9,000 mangsa terjejas di Kedah, Baling turut dinaiki air

ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir di Kedah mencecah 9,129 orang setakat tengah hari tadi berbanding 8,580 orang malam semalam.

Sementara itu, daerah Baling turut mencatatkan mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) hari ini, menjadikan tujuh daerah terjejas di Kedah.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah berkata, Kota Setar merekodkan bilangan mangsa tertinggi dengan 3,301 orang di 13 PPS di daerah berkenaan.

Ia disusuli Kubang Pasu dengan 2,824 mangsa (16 PPS), Sik dengan 1,120 mangsa (8 PPS) dan Padang Terap pula membabitkan 1,050 mangsa di 9 PPS.

Selain itu, Pokok Sena mencatatkan 614 mangsa di 4 PPS, Kuala Muda dengan 182 mangsa di 2 PPS serta Baling pula 33 mangsa satu PPS.

Mangsa dari mukim Tawar di daerah Baling dipindahkan ke PPS yang diaktifkan pada hari ini di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search