OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bantuan segera kepada petani terjejas banjir ikut peruntukan sedia ada

Bantuan segera kepada petani terjejas banjir ikut peruntukan sedia ada

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan memberi bantuan segera kepada petani dan peladang yang terjejas akibat banjir, khususnya di Kelantan dan Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bantuan itu akan diberi mengikut peruntukan kementerian sedia ada, bagaimanapun beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk peruntukan tambahan.

“Saya telah menggerakkan dan memberi arahan kepada semua pegawai di bawah kementerian untuk terlibat dalam usaha menangani banjir dan buat bancian segera kerosakan dan kerugian yang dialami mereka terutama di Kelantan dan Kedah yang paling teruk dilanda banjir sekarang.

“Kita tengok peruntukan yang sedia ada, sudah tentu pegawai kita akan buat dengan cepat untuk lihat kerugian-kerugian mereka dan kita akan bayar dengan segera.

“Soal tambahan atau tidak itu kita kena bincang dengan Menteri Kewangan, tapi setakat bajet yang ada kita akan bagi bantuan segera kali ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Bagaimanapun ujarnya setakat ini beliau belum mendapat maklumat jelas berhubung berapa ramai yang terjejas untuk diberi bantuan sewajarnya.

Semalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menganggarkan lebih 26,000 hektar tanaman padi di kawasan seliaan dan luar jelapang mengalami kerosakan susulan banjir yang melanda Kelantan sejak beberapa hari lepas.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search