Seri Padukan titip doa keselamatan mangsa banjir
- Admin UKK
- Berita
Yang di-pertuan Agong Sultan Ibrahim menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-mu agar
Engkau melindungi saudara-saudara kami yang sedang diuji dengan musibah banjir.
“Limpahkanlah kepada mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” demikian doa Seri Paduka Baginda dalam hantaran yang dikongsi di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam.
Sultan Ibrahim turut mendoakan keselamatan pegawai serta anggota agensi penyelamat yang terbabit dalam operasi menyelamat mangsa banjir.
Selain itu, Yang di-pertuan Agong mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memastikan kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) berada dalam keadaan baik dan bantuan juga disampaikan kepada mangsa banjir.
Seri Paduka Baginda bertitah orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta peka dengan arahan pasukan keselamatan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. BERNAMA
Ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan kesejukan dan kelaparan ketika diselamatkan penduduk kampung yang turut serta dalam operasi menyelamatkan Rabu lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh, berkata banjir pada Selasa lalu itu menyebabkan enam pekerja terperangkap, namun tiga daripadanya berjaya keluar keesokan harinya untuk meminta bantuan.
Di Kuala Nerang, Kedah, tiga beranak dari Kampung Semeliang terpaksa menggunakan media sosial meminta bantuan diselamatkan selepas tiga jam terperangkap dalam arus deras.
“Saya, suami dan anak terpaksa menunggu bantuan lebih tiga jam di atas tembok rumah yang ditenggelami air dan arusnya sangat deras.
“Sebagai jalan terakhir, saya terpaksa meminta bantuan bot dengan memuat naik status di Facebook (FB) dengan harapan ada yang datang membantu kerana rumah kami jauh dari jalan raya,” kata Nor Amiza Ahmad Shukri, 42.
Katanya, sepanjang tempoh itu, dia dan suaminya, Shaharanizar Che Halim, 52, dan anak mereka, Muhammad Yaser, 13, hanya makan biskut kering dan menahan kesejukan akibat terlalu kaki terendam dalam air.
Di Pasir Mas, 20 penduduk Kampung Bakong terperangkap di tingkat atas rumah masingmasing apabila kampung mereka menjadi pulau.
Penduduk dikenali Atikah, 27 berkata air mula naik malam kelmarin menyebabkan kediamannya tenggelam dan dia berpindah ke rumah ibu saudaranya berdekatan rumah.
“Namun, rumah ibu saudara pun dinaiki air dan paras air di tingkat bawah rumah sudah cecah paras dada hampir satu meter.
“Air begitu deras dan bot biasa sudah tidak dapat masuk ke sini yang menyebabkan kami terperangkap. Keadaan sekarang masih hujan dan kami bimbang paras air semakin naik. Justeru, kami berharap pasukan penyelamat dapat membawa kami ke PPS dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi.
Sehingga jam 7 petang semalam, hujan lebat berterusan di Kelantan menyebabkan tujuh sungai melepasi paras bahaya.
Tujuh sungai berkenaan ialah Sungai Melor di Jambatan Melor, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Semerak di Pasir Puteh.
Selain itu, Sungai Kelantan di Kusial, Sungai Golok di Kuala Jambu dan Sungai Kelantan di Kusial Baru.
Di Terengganu, lapan sungai melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi dan terus meningkat menjelang petang.
Berdasarkan data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, sungai yang melepasi paras bahaya ada empat di Setiu, dua di Dungun, satu di Hulu Terengganu dan satu di Kemaman.
Sungai melepasi paras bahaya di Setiu ialah Sungai Nerus, Sungai Setiu, Sungai Chalok di Jambatan Chalok.
Di Dungun, membabitkan Sungai Dungun di Kuala Jengal dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau yang melepasi paras bahaya.
Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu dan Sungai Kemaman di Paya Paman, Kemaman manakala kebanyakan sungai lain sudah melepasi paras amaran dalam pola meningkat.