5,648 lokasi ‘hotspot’ banjir seluruh negara
- Admin UKK
- Berita
Kuala Lumpur: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti 5,648 lokasi ‘hotspot’ atau kawasan pasti banjir di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata JPS merancang penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk kawasan terbabit.
Bagi penyelesaian jangka pendek, katanya, JPS melakukan persediaan kesiapsiagaan untuk mengurangkan risiko banjir kepada penduduk, antaranya dengan mengaktifkan Bilik Kawalan Operasi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRABN).
Beliau berkata, PRABN ini beroperasi 24 jam dalam menghasilkan ramalan kejadian banjir tujuh hari ke hadapan dan memberi hebahan seawal dua hari selepas mendapat ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) kepada agensi berkaitan untuk dihebahkan kepada orang awam.