๐ ๐๐๐๐ โ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐โ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
FORUM โFROM RELIEF TO RESILIENCE: STRENGTHENING MALAYSIAโS DISASTER RESPONSE ECOSYSTEMโ DI RESILIENT ASIA 2026
ย
Forum โFrom Relief to Resilience: Strengthening Malaysiaโs Disaster Response Ecosystemโ hari ini mengetengahkan usaha memperkukuh ekosistem pengurusan bencana negara melalui kerjasama strategik pelbagai pihak.
ย
Forum ini dikendalikan oleh moderator YM Raja Nor Dianna Raja Harun dari Yayasan Hasanah, di mana sesi ini meneliti keperluan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan bencana yang merangkumi bantuan kecemasan, pemulihan komuniti serta pembinaan daya tahan jangka panjang melalui sinergi antara kerajaan, sektor korporat dan masyarakat sivil.
ย
Panel forum menampilkan YBhg. Datin Noorul Syifa Mohd Isa, wakil Yayasan TM; YM Tengku Noraida Tengku Mahmood, wakil Yayasan PETRONAS; Encik Mohd Jamil bin Muda, wakil Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN); serta Encik Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, NADMA.
