Lawatan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Maran
- Admin UKK
- Berita
Bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Maran, Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hassim telah menyampaikan taklimat situasi terkini banjir kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Aktiviti Pemantauan Banjir Pasukan NADMA Emergency Support Team (NEST) Sekitar Negeri Pahang dan Johor
- Admin UKK
- Berita
NADMA Malaysia bersama-sama agensi terlibat sentiasa berusaha memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan cekap dan efisien supaya mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak.
Kesiapsiagaan Bencana Tanggungjawap Bersama
YB Datin Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri di JPM (Tugas-tugas Khas) Meluangkan Masa Mendengar Taklimat Situasi Terkini Kejadian Bencana di Seluruh Negara Bertempat di National Disaster Command Centre (NDCC) Pulau Meranti, Puchong
- Admin UKK
- Berita
31 Disember 2020 - Hari ini YB Datin Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri di JPM (Tugas-tugas Khas) telah meluangkan masa mendengar taklimat situasi terkini kejadian bencana di seluruh negara bertempat di National Disaster Command Centre (NDCC) Pulau Meranti, Puchong. Walaupun ramai yang sedang bercuti, kesiapsiagaan menghadapi bencana perlu berada di tahap maksimum dan pemantauan berterusan perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Selesak taklimat, KP NADMA Datuk Dr. Aminuddin Hassim telah mengiringi YB Datin menyantuni para frontliners pelbagai agensi yang bertugas di PKRC MAEPS 2.0, Serdang, Selangor.
Kata-kata semangat daripada YB Timbalan Menteri telah dapat menceriakan para petugas barisan hadapan yang sangat dedikasi dalam berkhidmat membantu negara memerangi pandemik Covid-19.
Pada 9/12/2020 telah diaktifkan semula PKRC Maeps untuk menempatkan pesakit (bukan warganegara) berisiko rendah dan tidak bergejala. Jumlah kumulatif pesakit sehingga 26/12/2020 adalah 10,725 orang manakala pesakit yang sedang dirawat adalah 3.404 orang manakala 7,173 orang telah discaj.
Seramai 1427 orang petugas ditempatkan di sini bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar. Terima kasih team NADMA, KKM, SUK Selangor, APM, ATM, PDRM, BOMBA, JIM, JAPEN, JKM, RELA, MAEPS, Radicare, JKR, TNB, KLN, JKWPKL, TM dan lain-lain atas bakti anda dalam memerangi pandemik Covid-19.
Aktiviti Pengeluaran Aset dan Stok NADMA daripada Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara, Sungai Buloh ke Pusat Kuarantin dan Berisiko Rendah COVID 19 (PKRC) MAEPS, Serdang
- Admin UKK
- Berita
23/12/2020 - Aktiviti Pengeluaran Aset dan Stok NADMA daripada Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara, Sungai Buloh ke Pusat Kuarantin dan Berisiko Rendah COVID 19 (PKRC) MAEPS, Serdang.
Aset-aset ini melibatkan 3,200 unit bantal dan 20 unit almari besi tidak berpintu yang dihantar sebagai stok tambahan bagi menampung kemasukan pesakit di sana.