OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

TVS Prihatin: Misi agih sumbangan bermula di Bintulu

TVS Prihatin: Misi agih sumbangan bermula di Bintulu

BINTULU, 7 Feb: Stesen televisyen Sarawak, TVS dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memulakan penghantaran bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibbah di sini, hari ini.

Sumbangan berkenaan merangkumi 38 kotak bekalan makanan, 100 bungkusan barangan keperluan asas, 12 kotak pakaian dan peralatan rumah seperti 38 biji baldi serta 75 batang penyapu.

Selesai di lokasi pertama, pasukan TVS Prihatin bergerak ke PPS Dewan Suarah Bintulu bagi tujuan sama.

Dengan ini, agihan sumbangan terkumpul pada hari ini adalah sebanyak 200 pek makanan, 75 kotak barangan keperluan asas, 24 kotak pakaian.

Untuk rekod inisaitif sumbangan merupakan hasil kutipan daripada warga kerja SMG dengan kerjasama pihak JKR Sarawak dan Pasaraya Mydin.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat Josenthiana Manggie yang mewakili Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris.

Selepas ini, pasukan TVS Prihatin meneruskan perjalanan ke Miri. – TVS

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search