OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut petir landa Sabah, Sarawak petang ini

Ribut petir landa Sabah, Sarawak petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan hari ini, dua negeri yang terjejas adalah Sabah dan Sarawak.

“Di Sabah, cuaca buruk melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

“Bagi Sarawak pula, keadaan yang sama diramalkan meliputi Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas),” lapor MetMalaysia.

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan berlaku di seluruh Semenanjung negara termasuk Wilayah Persekutuan Labuan petang ini. –KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search